Cara menentukan nombor ganjil dan genap dengan Ms Excel
Dalam entri kali ini, kita akan sama-sama belajar bagaimana untuk
menentukan atau mengenalpasti samaada nombor-nombor yang kita masukkan
dalam excel itu adalah nombor ganjil atau genap.
Dalam excel, kita dapat menentukan samada nombor tersebut ganjil atau
genap dengan menggunakan fungsi Excel ISODD atau ISEVEN dengan
menggabungkan fungsi IF.
Lihat gambar diatas; nombor yang dimasukkan adalah seperti yang ditanda
kotak merah manakala hasil daripada rumus fungsi ISODD atau ISEVEN iaitu
sama ada ganjil atau genap ditanda pada kotak hijau.
CARA 1:
Rumus yang akan kita gunakan adalah gabungan fungsi ISODD dan IF.
1. Rujuk gambar di atas. Klik cell B1 dan masukkan rumus berikut ke kotak
fungsi:
=IF(ISODD(A1),"Ganjil","Genap")
2. Ingat ya...selepas menaip rumus dalam kotak fungsi, tekan enter pada
papan kekunci anda.
3. Penjelasan bagi rumus diatas;
"Sekiranya (IF) nombor dalam cell A1 adalah ganjil (ISODD(A1)), jika benar = Ganjil, jika tidak benar = Genap"
4. Oleh kerana nombor yang dimasukkan dalam cell A1 adalah 1, maka rumus
tersebut akan memberikan keputusan benar iaitu "Ganjil" pada cell B1.
CARA 2:
Rumus yang akan kita gunakan adalah gabungan fungsi ISEVEN dan IF.
Sebenarnya rumus ini serupa dengan rumus pada cara 1 iaitu dengan fungsi
ISODD. Bezanya adalah, ISODD akan memberikan nilai ganjil dan ISEVEN pula
memberikan nilai genap.
1. Langkahnya adalah sama seperti cara 1 tadi. Rumus yang akan digunakan
adalah:
=IF(ISEVEN(A1),"Genap","Ganjil")
2. Penjelasan bagi rumus ini:
"Sekiranya (IF) nombor dalam cell A1 adalah genap (ISEVEN (A1)), jika benar = Genap, jika tidak benar = Ganjil"
3. Oleh kerana nombor yang dimasukkan dalam cell A1 adalah 1, maka
rumus tersebut akan memberikan keputusan tidak benar iaitu "Ganjil" pada
cell B1.
Sangat mudah...bukan?
Apakah yang boleh kita terapkan rumus ini dalam memudahkan kerja-kerja
kita dalam Excel? Salah satunya adalah kita boleh gunakan rumus ini untuk
menentukan jantina seseorang berdasarkan nombor kad pengenalannya. Seperti
yang kita tahu angka ganjil pada hujung nombor kad pengenalan menunjukkan
bahawa jantina pemilik no kad pengenalan tersebut adalah perempuan dan
sebaliknya genap adalah untuk lelaki.
So...dalam entri blog mari belajar excel yang akan datang, kita akan
berkongsi pula tutorial bagaimana menentukan jantina seseorang berdasarkan
pada nombor kad pengenalannya.
Sekiranya anda rasakan entri ini bermanfaat buat rakan-rakan anda, silalah
share ya...
Selamat mencuba...