Bagaimana cara Menentukan umur dalam Excel
Home Ms Excel



Ok...kali ini kita akan melihat pula cara bagaimana untuk mengira umur / usia dalam lembaran kerja Excel dengan cara yang mudah. Dalam entri ini, kita akan sama-sama mencuba dua kaedah atau cara untuk mengira umur dengan menggunakan fungsi excel.

1. Mengira umur secara automatik dengan menggunakan tahun Sekarang . Fungsi yang akan digunakan adalah DATEIF. Secara rumusnya, pengiraan umur adalah seperti berikut:

=DATEIF(TLahir,TSekarang,"Y")

i. TLahir - Tanggal Lahir
ii. TSekarang - Tanggal Sekarang (gunakan fungsi NOW() atau TODAY())
iii. Y - Jumlah tahun dari Tanggal Lahir hingga ke Tanggal Sekarang

Lihat contoh dibawah:



Rumus yang digunakan adalah: 

=DATEIF(B2,TODAY(),"Y")

Yang mana:
i. B2 - Tanggal Lahir (diisi secara manual)
ii. TODAY() - Fungsi untuk mendapatkan Tanggal Sekarang
iii. Y - dalam rumus ini bersamaan 37 tahun  (cell C2)  iaitu jumlah tahun dari Tanggal Lahir hingga ke Tanggal Sekarang.

Nota: Pengiraan umur ini akan berubah setiap kali bertukar tahun kerana kita menggunakan fungsi TODAY untuk Tanggal Sekarang. Maknanya, jika membuka lembaran kerja ini pada tahun depan, umur juga akan berubah.

2. Cara mengira umur dengan menggunakan tahun Sekarang yang spesifik. Maksudnya, kita ingin mengira umur orang tersebut pada tahun 2018 misalnya dan bukannya menggunakan Tanggal Sekarang. Rumus yang akan digunakan adalah seperti berikut:

=DATEIF(TLahir,TSpesifik,"Y")

TSpesifik - Tahun yang telah kita tetapkan dengan menggunakan fungsi DATE.

Lihat contoh di bawah:



Rumus yang telah digunakan adalah:

=DATEIF(B2,DATE(2018,1,1),"Y")

Nota: Fungsi DATE menerima tiga argumen iaitu tahun, bulan dan hari.

Selesai untuk tutorial mengira atau menghitung umur seseorang dengan rumus yang ada dalam Microsoft Excel. Sungguh mudah, bukan?

Selamat mencuba...

Nota: Dalam tutorial yang akan datang kita akan cuba pelajari pula bagaimana mengira umur seseorang dengan berpandukan nombor kad pengenalan 12 digit. Akan datang...

Baca juga :

to Top